Screen

Profile

Direction

Menu Style

Cpanel

26November2014

Kolej RISDA

 

Kolej RISDA mula beroperasi sebagai KUMPULAN INSTITUT LATIHAN RISDA yang menjalankan aktiviti latihan, teknikal dan pengurusan semenjak tahun 1973. Pada awal tahun 80-an, kolej ini dikenali sebagai Institut Latihan RISDA (ILR) dimana kursus-kursus untuk kakitangan RISDA, agensi luar dan pekebun kecil dijalankan.

Pada tahun 1999 pengurusan Institut Latihan ini telah diambil alih oleh Kolej RISDA, sebuah badan korporat yang ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah Akta Syarikat 1965 dan beribu pejabat di Km 7 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Kolej RISDA (KRIS) mempunyai 4 cawangan iaitu Kolej RISDA Melaka, Perak, Kelantan dan Pahang.

Mulai tahun 2008, Kolej RISDA hanya menumpukan kepada program Akademik & Kemahiran di Kolej Melaka. Kolej RISDA yang beroperasi di Kampus Alor Gajah Melaka berdaftar sebagai Institut Pengajian Tinggi Swasta dibawah Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Kolej RISDA juga telah berdaftar sebagai Kontraktor dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi perkhidmatan dan bekalan yang berkaitan dengan kursus termasuk penyediaan kemudahan penginapan dan makanan.

Kini, kampus Kolej RISDA Melaka mempunyai kawasan 140 ekar dilengkapi dengan infrastruktur pusat pendidikan dan latihan termasuk asrama, tempat riadah dan ladang-ladang bertaman yang kondusif untuk pembelajaran, beriadah dan beribadah bagi pelatih/pelajar pada satu-satu masa.

Menyedari betapa pentingnya sektor pertanian untuk pembangunan negara yang merupakan niche Kolej RISDA, maka kolej menjalankan program Diploma Pertanian (UPM), Diploma Pengurusan Landskap serta Diploma Pengurusan Ladang (UiTM) dan Pra-Diploma Sains (UiTM) untuk memberi peluang kepada sesiapa yang berminat bagi melanjutkan pengajian di bidang pertanian selaras dengan kehendak pasaran kerjaya di masa kini.

Dengan barisan tenaga pengajar yang berpengalaman, Kolej RISDA komited untuk melahirkan graduan yang mahir dengan menggunakan pendekatan pertanian komersil yang berskala besar serta menggunakan teknologi terkini secara meluas bagi menghasilkan pengeluaran yang berkualiti.

Kedudukan Kolej RISDA yang strategik dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap seperti kawasan ladang dan kawasan amali yang luas untuk aktiviti pertanian, kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti jentera dan peralatan pertanian, kelengkapan makmal sains, makmal sains tumbuhan dan tanah, perpustakaan dan makmal komputer yang lengkap memudahkan pelajar melaksanakan proses pembelajaran.

Semua pelajar diploma yang mengikuti pengajian di Kolej RISDA akan diuruskan untuk mendapat pembiayaan dan penajaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan MARA. Selain itu, RISDA juga memperuntukkan skim biasiswa sebanyak RM 2.4 juta bagi membiayai pengajian generasi kedua pekebun kecil melanjutkan pelajaran di Kolej RISDA.

 

Kolej RISDA
IBU PEJABAT KOLEJ RISDA Suite 12B, Tingkat 12, Plaza Ampang City, Km7, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Tel : +603-42571677 / +603-42572677 Fax : 03-42534831
Laman Web : http://www.kolejrisda.edu.my E-Mel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it