Screen

Profile

Direction

Menu Style

Cpanel

21October2014

Latar Belakang

RISDA Holdings Sdn. Bhd., (RHSB) ditubuhkan pada 05 April 2011, sebuah syarikat milikan penuh RISDA dengan modal dibenarkan sebanyak RM100 juta dan modal berbayar RM3 juta. Mula beroperasi sepenuhnya pada 01 Januari 2012 dan selaras dengan kelulusan penstrukturan semula syarikat-syarikat milikan RISDA oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Kewangan pada 04 Mac 2011, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-216 pada 06 Oktober 2011 telah bersetuju untuk melantik RHSB sebagai ejen mengurus semua Syarikat Milikan RISDA (SMR) yang aktif.

  1. Aktiviti RHSB

    Penubuhan RHSB adalah untuk menjalankan aktiviti perancang berperanan seperti berikut:-
    • Penjajaran Pemegang Saham Syarikat Milikan RISDA
    • Menyelaras syarikat untuk berkembang maju serta berdaya saing.
    • Penjajaran operasi syarikat-syarikat subsidiari.
    • Rancangan Pengurusan sera Rasionalisasi Perniagaan Subsidiari.
    • Pemusatan fungsi.
    • Penubuhan Koperasi baru.
  2. Aktiviti Semasa

    RHSB dilantik sebagai ejen mengurus semua syarikat milikan RISDA yang aktif untuk kerja-kerja pengurusan yang dipusatkan di peringkat RHSB iaitu :
    • Perancangan Korporat
    • Perundangan, Kesetiausahaan dan Pematuhan
    • Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
    • Kewangan dan Audit Dalam
    • Teknologi Maklumat

    Bagi fungsi Perundangan, Kesetiausahaan dan Pematuhan, Teknologi Maklumat dan Audit Dalam, perlaksanaan fungsi-fungsi tersebut adalah sepenuhnya dijalankan oleh RHSB.

    Bagi fungsi lain seperti Perancangan Korporat, Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dan Kewangan, RHSB akan menyelaras dari segi dasar manakala pelaksanaannya akan terus beroperasi sebagaimana sedia ada iaitu akan diuruskan oleh syarikat masing-masing dan RHSB hanya akan bertindak sebagai penyelaras.

11 buah syarikat milikan RISDA berada di bawah kawal selia RISDA Holdings Sdn. Bhd., mengikut sektor berikut :-

  • Perladangan – ESPEK Sdn Bhd, RISDA Plantation Sdn. Bhd., dan ESPEK Plantation Sdn. Bhd., bertanggungjawab menguruskan ladang getah, sawit milik RISDA dan milik peserta-peserta Tanam Semula Komersil (TSK) secara cekap dan menguntungkan.
  • Input Pertanian – RISDA Baja Sdn. Bhd., RISDA Semaian Sdn. Bhd., Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd., Dan RISDA Fleet Sdn. Bhd.
  • Pembiayaan dalam bidang ‘Factoring, Pinjaman perumahan, kereta dan komputer – Permodalah RISDA Berhad.
  • Insurans – Protac Insurance Brokers Sdn. Bhd.
  • Ternakan – ESPEK Livestock Sdn. Bhd.
  • Pembangunan Hartanah – RISDA Bina Sdn. Bhd.